30 March, 2010

Jom Mengira

Moga sahabat muslimin dan muslimat dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera hendaknya.

Alhadulillah kit masih diberi kesempatan untuk beramal dan bertaubat padaNya.

Sesungguhnya sekali kita meminta taubat pada Allah, 10 kali Allah menerimanya, sesungguhnya selangkah kita dekat pada Allah, 10 langkah Allah dekat pada kita, masya Allah.

Sahabat sekalian, kalau kita ada duit, pasti kita tahu berapa jumlahnya. Kalau orang berhutang dengan kita, pasti kita tahu berapa nilainya sehingga kekurangan sedikitpun akan dapat kita kesan dan bangkitkan.

Tetapi pernahkah kita mengira akan pahala dan gandaan Allah SWT apabila kita melaksanakan solat?

Cuba antum kira, dalam sehari ada 5 kali solat wajib, sekali solat berjemaah 27 kali ganda pahalanya, kalau 5 kali kita solat berjemaah, berapa nilainya?

Kira lagi sahabat sekalian, kalau sehari kita hanya solat sendiri dalam 5 waktu itu, berapakah nilainya? berapakah bezanya nilai solat berjemaah 5 kali sehari semalam berbanding solat sendiri 5 kali sehari semalam?

Sahabat sekalian, cuba pula kira, kalau dari usia baligh sehingga kita mati lebih kurang dlm tempoh 30 tahun (andaian sahaja) berapakah nilai solat kita kalau berjemaah dan kalau kita hanya solat sendiri sahaja?

Ingat kembali sabda Rasulullah saw, kalau kamu tahu apa yg aku tahu tntg solat berjemaah, nescaya kamu akan merangkak sekalipun utk mengerjakannya.

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment